Percutian halal singkat sempurna untuk keluarga Malaysia. Persinggahan halal-friendly, pemandu pelancong bahasa Melayu, dan pilihan 3 tier hotel.
"Medan, Tasik Toba, Berastagi dengan persinggahan halal"
Ketibaan di Kualanamu, disambut oleh wakil/supir kami. Perjalanan ke Parapat melalui Pematang Siantar. Singgah di Kedai Patent untuk membeli snek tempatan (Teng-teng). Tiba di Parapat, daftar masuk hotel dan berehat menikmati pemandangan Danau Toba.
Selepas sarapan, menaiki feri ke Pulau Samosir melawat Kampung Tomok. Kembali ke Parapat dan meneruskan perjalanan ke Berastagi. Singgah di Simarjarunjung (teh halia/pisang goreng) dan Air Terjun Sipiso-piso. Di Berastagi, lawatan ke Pasar Buah. Meneruskan perjalanan ke Medan dan daftar masuk hotel.
Lawatan Bandar Medan: Istana Maimun dan Masjid Raya Al-Mashun. Acara bebas membeli-belah di Pasar Ikan Lama (Batik/Telekung) dan kedai kek tempatan (Bika Ambon). Bertolak ke Lapangan Terbang Kualanamu untuk penerbangan pulang.
| Hotel Tier | 2 Pax | 4 Pax |
|---|---|---|
| Bintang 3 (Atsari Parapat / Horison Medan) | RM 820 | RM 620 |
| Bintang 4 (Niagara Parapat / Grand Mercure Medan) | RM 950 | RM 750 |
| Bintang 5 (Khas Parapat / Adimulia Medan) | RM 1,250 | RM 1,050 |
Halal Full Board (Makan Tengahari + Malam): +RM 120 / pax
Per pax · Ground Arrangement Sahaja · Minimum 2 Pax · RM 1 ≈ IDR 4,300
Foto dari trip yang kami uruskan — bukan stock photo.


